Thursday, April 27, 2006

Seakan-akan seantero dunia telah kita jajah.

Apa lagi yang belum kita tempuh? Jalan ular dipalu yang merimbum hijau dedaun.Gagah si gunung, pasak buat tanah dipijak. Biru langit lapangan luas buat burung berkawan. Damai tasik yang berkabus seakan-akan merentasi alam separa sedar

Dihujung pulau, terlalu indah untuk diucap. Hampir-hampir jatuh air mata bersama pukulan ombak. Seribu gambar tak mampu mengembalikan getar di hati. Apalah yang ada pada ciptaan manusia?

Ibarat episod kedua menjelajah dunia. Bukit berpasir mengingatkan kita pada seerah Rasullulah. Bermain dan berlari-lari di kaki pasir. Bagaimana agaknya Siti Hajar keseorangan di bumi kering? Memang Allah sajalah tempat berserah

Malam menyinggah, penat menyinsing. Jalan berbatu dan malam memekat. Membuat kita mengucap selamat tinggal buat rentasan pantai memanjang. Dan tak lupa buat rezeki yang bukan milik kita. Dalam samar-samar bulan menyinar ombak menari di tepian pantai. Ada hati-hati teguh melawan kuyu mata. Asalkan teman tidak berkeroncong mencari nasi. Demi Allah, bersabarlah! Ada hikmah dalam setiap mehnah.

Sejuk subuh membuka mata. Berat hati untuk berpagi, tapi tak tersanggup mengundang murka Dia yang kita sayangi. Kejutkan teman-teman, biar berbarisan mengadap Tuhan.

Hutan sudah, laut pun sudah. Tiba masa mendakap gunung. Basah meredah sungai, becak memijak lumpur. Melaju memecut kereta comel, bersama lembu-lembu yang tertanya akan perihal manusia. Dipuncak gunung kita merenung ciptaan Allah Yang Maha Agung. Buat mereka yang sakit menunggang kuda, buat mereka yang laju memandu, dan buat mereka yang tenang berjalan-jalan mensyukuri nikmat kedamaian, sememangnya dalam diri, duduk dan baring, biar difikir langit yang mamayungi dan bumi yang dipijak kaki.

Setiap yang bermula pasti berakhir. Tapi, dalam kalut mengejar masa, jalan tersalah membawa kita ke titik mula. Dalam penat dan runsing, disitu diuji lagi. Sejauh mana kalimah ukhuwah dibibir, kita serap ke dalam hati? Jalan pulang biar jalan sehala.

Sepanjang perjalanan, aku hanya penumpang. Tidak pernah menjadi yang didepan memandu perjalanan. Disaat orang tidur melayan penat, aku kagumi mereka yang tegar menyelusuri jalan walau sesekali tersangguk melawan mengantuk. Ditambah malam sejuk menyelimut. Teman, hanya Allah sebaik-baik memberi balasan.

Tamat musafir dua hari. Seakan seantero dunia telah kita jajah. Kalau aku tanyakan apa yang engkau perolehi, aku mengharapkan biar lebih dari nikmat duniawi. Biar susah senang sepanjang jalan, menjadi bekal sepanjang jalan.

Benar, dalam kejadian alam itu tersimpan rahsia buat mereka yang mencari keredhaan Tuhan.
Benar, dalam kejadian alam ada sumber kekuatan buat mereka yang berjuang dijalan Tuhan.
Benar, dalam perjalanan ada ujian menguji ketahanan.
Benar, dalam berteman ada dugaan mengukur ukhuwah yang kita ajarkan.
Benar, tersia-sialah masa kita seandainya nikmat berjalan itu terlingkupkan setakat di dunia sahaja.
Benar, memang tidak sama orang yang tercelik matanya dengan orang yang buta.
Benar, kebenaran yang kita lihat, biar teguh dalam hati dan terzahir didiri.

Seakan seantero dunia telah kita jajah.
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?









Sunday, April 09, 2006

Dalam mencari redha, setiap arah punyai ujian..namun syukur ada teman buat pengukir senyum..walau ada kala kita juga yang terlepas kata dan canggung langkah tarinya..buat teman, kita masih bertatih..

Dalam mencari redha, jangan pernah ada putus asa..walau ujian bisa mematahkan sendi-sendi bahu yang kian mereput, hati biar kental berpaut pada Yang Satu..teman, Tuhan tahu apa yg berlaku..

Dalam mencari redha, ada kala kita mahu pulang ke jalan dahulu..agak mudah dan kurang duga nya..tapi kita dgr kulit mnjerit takut diratah api yang ntahkan berapa kali panas dari api dunia..tp teman, kita berfikir..sampaikah amal utk ke syurga-Nya..Tuhan..

Dalam mencari redha, biar berteman seantero dunia, ada kala umpama seorang diri diatas batas yang genting..timbang tara dan kekuatan perlu datang dari hati yang entahkan celus cahaya cinta abadi..teman, pertama itu hati

Dalam mencari redha, cabaran kita tak pernah sama..mudah kata mereka, kita juga yang rasa peluh yang bukan sekali dua menyinggah di luka yang lama..tp teman, biar parut berbekas, asal langkah kita tetap berderap pantas

Dalam mencari redha, kentalkan iman, dekatkan diri kepada Nya..payah rasanya mendidik hati yang telah berkarat..perlu ditarah karat2 yang lama sebelum disalut lapisan yang subur..kadang2 ia sakit bila ditarah..ingatlah teman, luka hati yang kedua ratus kali, biar berbayar slps mati

Dalam mencari redha, kita tinggalkan jauh, jauh, jauh semalam yang sukar dijelaskan..tapi ingatan tetap menerjah sekali dua, mengingatkan diri, jangan dijejak lagi!dan teman, kalau masih berpaut pada yang rapuh, kita pasti jatuh!

Dalam mencari redha, biar kita korbankan segala..kerana Tuhan sajalah pemilik segala..jika ditanya siapa pemilik hati dan jiwa mu..jawapan nya tetap satu..yg memiliki hati kita adalah Dia yang memegang dan menghalusi setiap nadi!

Dalam mencari redha, kita mencari janji yang pasti, cinta yang abadi..hari esok belum tentu buat semua, hari esok entahkan kita kembali lupa..

Allah,
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

Thursday, March 16, 2006


terbaca kisah David Wulstan Myatt (nama Islam, Abdul Aziz) yang revert ke Islam membuatkan jejari lantas me-update blog..byk pengajaran yang bley kite dpt drpd saudara2 baru kite..kisah2 bagaimana mereka terpanggil utk mendalami Islam mmg menginsafkan buat kite yang dilahirkan dlm Islam..dari fahaman neo-nazi yang extreme n ganas, beliau mnjadi Muslim yg taat..yg mmbuatkan hatinya tersentuh adalah seruan azan yg didengarinya dlm mase beberape minit..


"Ia indah bukan kerana melodi. Tetapi saya hairan bagaimana dengan tanpa memahami maksud perkataan dalam azan itu ia mampu menyentuh jiwa saya. Tidak semua lagu boleh berbuat begitu,"


insaf lah wahai hati..realitinya, hati kita lebih tersentuh dgn lagu2 cinta manusia yg meruntun-runtun melodinya..diri kita lebih tergerak utk meneliti sarikate lagu2 cinta dondang sayang dari mndalami ayat2 suci Al-Quran..kite yg lahir dlm Islam jarang2 mncari hidayah Tuhan..hanya menanti dan beralasankn 'belum sampai seru'..sedangkan hidayah Tuhan ada dimana-mana, hanya terzahir buat mereka yg mncari..


"Tetapi apabila masa banyak dihabiskan pada tanah dan ladang, akhirnya saya menyedari bumi ini tidak lebih daripada sebahagian daripada seluruh kosmos (alam semesta) yang pasti ada pemiliknya. Dan saya sendiri adalah sebahagian anggota kosmos itu."

"Tetapi siapa pemilik alam itu?"


akuilah wahai minda..realitinya, pemikiran kita lebih pantas menilai bangunan pencakar langit yang mendongak tinggi..kerja-kerja kita terlalu banyak berlegar dikeliling tuntutan dunia yang tak pernah cukup..tidak pernah salah mncari ilmu, tp mengapa ilmu akhirat itu perlu ditunggu hingga lewat senja..entah2 petang pon x sempat kita lalui..


"Barulah saya faham umat Islam mendalami ilmu pengetahuan bukan sekadar sebagai satu tanggungjawab malah satu tugas yang mesti dilakukan. Apatah lagi al-Quran mampu dijadikan sandaran dan panduan untuk meluaskan lagi pengetahuan,"


zahirkanlah wahai anggota..mmg pasti, apa yang termaktub dalam diri, cerminnya adalah apa yang terzahir..Islam itu adalah ad-deen, satu cara hidup yang tak pernah terpisah dari insan bernama Muslim..buktikan pada diri, dimana letak duduknya Islam dalam langkah sehari-hari..


"Saya akhirnya melafazkan kalimah syahadah dan gembira dengan kepercayaan baru ini. Namun, mempunyai kepercayaan sahaja tidak mencukupi lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran dunia moden hari ini. Dengan dunia materialistik, bagaimana saya mampu untuk melaluinya?"


akuilah sebenar-benarnya..adakah kita bertanggungjawab atas syahadah yg dilafazkan? apakah bukti janji kita? tidak takutkah kita menipu Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati?


"Saya tidak bermaksud untuk memeluk Islam untuk lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini,"


bukalah pintu hatimu..Allah itu sentiasa mndengar keluh kesah, taubat dan doa hamba-Nya..


"Allah menerima semua permohonan taubat daripada hamba-Nya tanpa melalui sebarang perantaraan atau orang tengah. Apalagi beberapa orang sahabat Rasulullah sebelum mereka memeluk Islam merupakan penjenayah yang melakukan pelbagai jenayah termasuk berzina, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, merampas hak dan harta orang lain."

"Tetapi apabila mereka memeluk Islam, mereka menjadi yang paling baik di kalangan manusia dan paling bertakwa dan beriman kepada Allah."


Ikhlaskah kita menerima agama ini?


"Memeluk Islam bukan semudah dengan hanya lafaz dan kata-kata. Malah ia kuat beriringan dengan satu sumpah, satu perjanjian dengan Allah, tidak mungkin semudah itu saya hendak meninggalkan Islam setelah hati saya begitu ikhlas untuk menerima agama itu,"


Selepas lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz yang masih mengekalkan imej berjambang hidup secara lebih sederhana tetapi yang lebih mengagumkan beliau semakin mengenali Islam.
Kata2 saudara baru kita itu benar2 buat aku terfikir..baru lapan tahun..sedangkan aku sudah lebih 20 tahun..


fikir2kan..renung2kan..sebelum malaikat maut hadir, apa hala tujuan mu?