Sunday, September 17, 2006

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan
Sedangkan segala pemberian adalah ujian
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan
Sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian
-Quoted-


Dibelakang ada kelam. Dibelakang ada lembaga hitam. Maka, berlarilah kamu ke arah cahaya terang benderang. Hinggakan kelam belakang dan lembaga hitam jauh tertinggal dalam lipatan semalam. Hanya menyinggah jika ia menguat semangat. Hilang sesat dalam gelita jika ia membisik kata mengalah.

Teruskan pelarian ke arah cahaya terang. Hingga mampu kita menjadi membawa sinar kepada manusia lain yang masih punya alam kelam. Jangan pernah penat dalam larianmu, kerana kepenatan itu umpama ada canggung dalam tapak pertamamu.
Jangan pernah berhenti dalam larianmu, kerana kalau kita berhenti....................

Aku doakan kita semua tabah dalam pelarian mencari sinar. Maaf, aku tidak mampu menjanjikan apa-apa. Bahkan aku juga seperti tak layak berkata-kata.

Wahai diri, jangan pernah berhenti dalam larian, kerana kalau kamu yang berhenti.............................................

Sungguhkah ini dugaan? Atau aku belum bertemu ujian?

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

No comments: