Sunday, September 24, 2006

Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
Anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam mengharung
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita

Mengapa terlalu banyak bermain kata? Mengapa tidak dicurahkan segala? Fahamilah dan mengertilah, antara mudarat dan manfaat, yang mana satu punya cerita hebat. Jika ditelan mati emak, diluah mati bapak, aku biarkan ia bersahaja dianak tekak, walaupun sering juga mengundang sebak. Hidup penuh duri sepanjang jalan. Bangun dan teruslah berjalan. Jika difikirkan sangat cerita sedih bingkisan hidup, maka tersia-sialah masa yang kita tak pernah tahu bila akan habis ketikanya.
Ramadhan datang lagi...Tapi, ke mana aku mahu pergi?

No comments: