Apa yang patut aku tulis? Kisah serabut musim exam? Atau kisah sadis hidup penuh dugaan? Kadang-kadang kita penat melihat dunia. Penat dengan kerenah manusia yang tak pernah putus-putus berperangai pelik. Dari langkah songsang berjalan bengkok kepada anak gadis yang mencintai mereka yang berskirt pendek. Dunia apakah yang aku pijak? Diam dan berfikir sejenak. Perhatikan sekeliling. Apa yang kita lihat disekeliling kita? Apa yang kita lihat dalam diri kita? Disaat si kafir-kafir itu berdondang sayang dengan irama melalaikan, apakah kita ikut menggoyang badan, melayan irama? Diwaktu si kafir-kafir itu berpusu mengejar tiket wayang, adakah kita ikut dibelakang, bercerita tentang si hero yang kacak menggetar hati atau heroine cantik manis menggetar iman? Pada ketika kafir-kafir itu sibuk berkepit berpasangan sejoli, ada jiwa yang cair dan teruja mengikut. Konon fitrah manusia itu berkasih-sayang. Rasa ingin aku tanyakan saja pada mereka. Bagaimana dengan fitrah manusia yang sentiasa dahagakan kehadiran Tuhan? Dunia tak pernah berubah. Ia masih sfera biru comel yang terlihat dari bulan. Yang berperwatakan pelik adalah manusia yang seolah-olah tipis pemikirannya, selari dengan tipisnya kain yang membaluti. Ingin saja aku balutkan dengan kain putih yang pasti menjadi milik setiap yang mati. Manusia yang pelik. Kecoh membicarakan budaya kuning yang menular dalam jiwa generasi baru. Sedangkan diri yang berbicara itulah juga yang menyokong agen-agen perosak akhlak yang nyata. Kecoh mengatakan budaya barat itu bisa membunuh sifat-sifat kemelayuan yang sejati. Tipu. Melayu apakah yang kita banggakan jika diri sendiri tak tahu malu. Aku malu dengan melayu yang tak tahu malu. Ingin saja aku teriakkan, kenapa kaum itu yang ternampak dahulu, sedangkan Islamnya tak pernah diperbetulkan? Pening melihat sekeliling. Bila sedar betapa membuang masanya berkepit dengan teman lelaki, aku tak pernah menyangka ada yang terlintas di hati, bercanda ria dengan kaum sejenis. Jijik. Bila mahu diajak bicara kisah kaum Luth, masam mencuka. Seolah-olahnya kita menganggap dia tak tahu perihal agama. Aku pening. Dalam kalut mencari langkah pulang, majoriti manusia menyukarkan perjalanan. Dalam lekas mengejar masa, seribu tanggungjawab merantai kaki, menggari tangan. Dalam pelik manusia yang aku lihat, ada manusia lain yang memandang aku juga pelik. Pelik. Siapa yang pelik sebenarnya? Memang memeningkan dunia yang kita hidup sekarang. Patutlah kelabu perihal-perihal yang nyata. Pasti ada yang kata, apakah penulis ini? Berfikiran kolot tidak terbuka. Tidak memacu kemodenan malah memandang ke belakang. Maka, ada bagusnya kita berfikir sekejap akan pendapat masing-masing. Jangan tak dihirau apa yang aku tulis dan aku tak pernah buat-buat bodoh akan pendapat manusia tentang aku. Apakah salah apa yang aku tulis dan adakah benarnya pada isi katamu? Renungkan keliling. Bilik, rumah atau apa saja yang dimiliki. Adakah ia mencerminkan diri kita sebagai Muslim. Selongkar-selongkar isi komputer canggihmu, jangan lupa music play list. Bilakah kali terakhir al-Quran atau zikir-zikir itu berlagu di speaker besar. Tengok-tengokkan downloaded movie/clips yang ada. Bersihkah ia dari aurat-aurat yang menggelapkan hati? atau kita merasakan iman telah mantap, tak bisa tergugat walau melihat benda terlarang. Susun-aturkan almari baju. Biar pakaian sopan menutup aurat menjadi teman. Dan yang paling penting, buka lah lembaran Quran. Renung-renungkan kali terakhir ia berkata-kata kepada hati kita. Dalam suasana dunia sekarang, manusia memang pelik. Mana-mana jalan yang kita pilih, betul atau salah, akan dipandang pelik oleh orang lain. Biar terpaku jasad, tapi jangan biar hati mati. Biar serabut di depan mata, asalkan hati dipasakkan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Moga Allah pimpin kita ke jalan yang haq, jauh dari yang batil. Fitrah manusia itu mencari dan mentaati Tuhan. Jika manusia itu melawan fitrahnya, aku tak terkejut jika dia tidak bahagia. Aku yang emo dan mungkin kau juga terasa |
No comments:
Post a Comment