berkorban apa saja harta ataupun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia
utk mncari bukti kasih yg sejati itulah tandanya jika mahu diuji
kepentingan sendiri, tiada dingini bahagia sejati saja yg diharapi Sebutkan satu-persatu pengorbanan yg telah kita lakukan dalam hidup. Pasti banyak dan tidak teringat sumenye. Senaraikan semuanye dan jangan lupa untuk apa dan siapa. Mungkin banyak kerana keluarga yg darah jua tali pengikat, mungkin buat teman yg sama-sama berpegangan tangan menempuh badai, mungkin untuk teman istimewa yg konon nya mmbahagiakan, dan pasti, aku pasti mesti ada yg kerana Tuhan.
Pengorbanan is a huge word itself. Semestinya, ada sesuatu yg perlu kita lepaskan untuk mndapat sesuatu yg lebih berharga. Untuk mncari sesuatu yg lebih bererti. Buat mereka yg pernah berkorban, pasti tahu apa rasanya. Manis, masin, pahit, tawar,pedas or perhaps, tasteless.
Buat mereka yg berkorban, percayalah, hanya Dialah sebaik-baik pemberi balasan. Dialah sebaik-baik yang membuat perhitungan, hingga sekecil-kecil biji sawi. Dialah Yg Maha Mengerti, kau luah dibibir atau jauh kau semat dihati.
Jika kita berkawan demi Tuhan, sewajarnya kita sedar hanya balasan Tuhan yg kita harapkan. Bukan nya teman-teman yg kadangkala tidar sedar akan pengorbanan kita. Jika ujian itu kita tempuh kerana Tuhan, biarlah air mata kita penguat semangat yg tahu akan satu janji yg pasti, meski pun habis banjir kita menangis. Jika kita lepaskan sesuatu yg berharga dlm satu perjalanan pulang, apakah yg lebih manis selain sampai ke destinasi pilihan?
Jika setelah berkira-kira, ada sejuta pengorbanan yg telah kita buat, adakah kemegahan yg akan kita hebah-hebahkn? Jika pengorbanan yg terbesar di abad kita rasakan kita telah buat, adakah ia satu penghabisan stok perjuangan? Jika carta pengorbanan kita teratas dan terhangat dipasaran, adakah layak kita memperlekeh mereka yg seolah-olah masih terhegeh-hegeh berkorban utk perkara yg remeh-temeh?
Pengorbanan. Jangan diungkit kalo sekadar bermegah. Jangan diingat kalo ia mnjadi pengakhiran. Jangan disesal kalo pulangan nya lewat atau tak kunjung di dunia. Jangan biar keikhlasan diconteng keinginan yg salah tmpt duduknya.
Berkorban. Sebut mudah. Buat tak semudah mana, tp masih mampu digagah. Yang mnjadi payah adalah apabila keikhlasan mula berbicara, apabila kepala mula berkira-kira dan apabila masa bersabar dirasakan sudah terlalu lama.
Tiada pilihan. Teruskan perjuangan. Tambahkan pengorbanan. Tujukan keikhlasan kerana Tuhan. Tautkan hati-hati dgn iman. Tempuhi dgn mujahadah yg tak henti-henti.
berkorban apa saja harta ataupun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia
utk mncari bukti kasih yg sejati itulah tandanya jika mahu diuji
kepentingan sdr, tiada dingini bahagia sejati saja yg diharapi |
No comments:
Post a Comment