Wednesday, May 06, 2009

Aku berlari mencari cita
Aku berhati-hati mencari cinta
Aku mendaki menakluk punca


Ceritakan padaku
Ada apa pada seribu kisah
Hingga tiada kata mampu menterjemah
Hingga mata berkaca. Merah. Basah.
Terlalu asyik mengkaji tanah
Sampaikan semut tak lagi sebesar zarah

Tiada kisah. Cuma sejarah
Aku tahu arah. Tidak mengalah
Cuma tak kuasa lagi aku mengejar pelangi
Meskipun datang selepas hujan
Lebih rela aku basah dari ku kejar ilusi mentah-mentah
Lebih baik demam dari tergamam melihat harapan berbalam.

Kelam. Pejam. Kejam.

Mengapa mahu malam terus-terusan
Subuh tetap datang. Embun pagi akan tetap hilang
Mengapa mahu malam panjang-panjangan
Bagaikan musim sejuk di kutub dunia
Gelap. Dingin. Sunyi. Apakah yang ada? Tiada.

Malamku merenung langit
Luka-luka hidupku dikering angin dingin
Apalah ada pada siang? Desir angin itu jua satu-satunya muzik


Mengapa seperti pesimis?

Tidak pesimis tapi praktik.

Praktikkah berlari mengejar cita, mencari cinta dan menakluk punca dalam malam gelap-gelita?

Gelapkah malam? Ada bulan bintang

Tapi siang jauh lebih terang. Ada suria. Nampak segala

Nampak segala. Makin keliru. Jalan buntu.

Nampakkah aku? Aku bersamamu.
Rebahkan kelirumu dibahuku.
Keluar dari malam. Padamu kuberikan siang.

Kau mahu berlari mencari cita? aku bersamamu setiap batu
Kau berhati-hati mencari cinta? aku berhati-hati menyinta
Kau mendaki menakluk punca? aku jatuh bangun sehingga ke puncak
Jangan pergi. Aku disini.

Berhenti menangis. Ucapkan selamat tinggal malam.
Padamu kuberi siang. Selamat siang!

Siapa kamu? Jangan berjanji. Aku benci.

Tidak berjanji tapi kata-kata yang ada saksi.
Satu peluang. Beribu siang.

Aku tak berjanji. Tapi kurindu jua siang ku...


Say by John Mayer

Take all of your wasted honor.
Every little past frustration.
Take all of your so called problems,
Better put 'em in quotations.
Say what you need to say

Walking like a one man army,
Fighting with the shadows in your head.
Living up the same old moment
Knowing you'd be better off instead
If you could only...Say what you need to say

Have no fear for giving in.
Have no fear for giving over.
You better know that in the end
It's better to say too much, than never to say what you need to say again.
Even if your hands are shaking,
And your faith is broken.
Even as the eyes are closing,
Do it with a heart wide open.

Say what you need to say

1 comment:

aizat adelaide said...

rifhan..miss u..!
i've passed sth to zeren..pls claim from her ASAP..hehe..