Friday, March 13, 2009

Orang kata hati aku keras macam batu
Ada yg mengayat tapi buat tak tau
Orang kata hati aku lembut macam span
Paksa lebih sikit jarang tak dapat
Orang kata hati aku pernah terluka
Sebab tu cakap apa pon, macam tak terbuka
Orang kata hati aku ni rapuh
Kena jaga elok2 sebab senang tersentuh
Orang kata hati aku dia punya
Sebab hari tu nampak macam setuju je
Orang kata hati aku dah berpunya
Umur macam ni takkan still single
Orang kata hati aku penuh rahsia
Kalau tanya, senyum je jawapannya
Orang kata hati aku dah xde ruang
Kalau nk masuk kena tunggu line panjang
Orang kata hati aku kosong melopong
Takde ape2 dalamnye, memang zero
Orang kata hati aku dah banyak tampal
Nak cari ubat pon dah habis akal
Orang kata hati aku berkata-kata dalam senyap
Kena dengar betul-betul baru dapat tangkap
Orang kata hati aku dalam macam laut dalam
Kena ready oxygen tank besar kalau nak selam
Orang kata hati aku dah sesat kat mana2 ntah
Sebab tu dia cari berjuta batu sampai rasa nak muntah
Orang kata hati aku kejam
Ada kata2 yg keluar, tajam menikam
Orang kata hati aku halus tulus mulus
Sebab bila cari tak pernah nampak, hatta lagi kecik dari semut
Orang kata hati aku dah patah
Kena ikat buku sila baru tak retak
Orang kata hati aku kena pandu
Sebab nampak macam xde hala tuju
Orang kata hati aku bentuk tunggul kayu
Kalau tersepak: sakit, kalau dihias cantik: letak kat penjuru
Orang kata hati aku bulat
Sebab tu tak boleh duduk setempat
Orang kata hati aku tawar hebbe
Takde rasa apatah lagi perasaan
Orang kata hati aku manis
Tengok senyum bisa cair

Aku kata hati aku ada aje, biasa aje
Cuma selalunya tak terkata apa2
Sebab hati aku, hanya Dia yang tahu segala

4 comments:

Anonymous said...

its ok... tht's your heart. u may keep it the way u 'choose' it to be =)

Anonymous said...

fhadi...hehehe orang kate hati aku...hehehe.. ape2 pun 28:68-69

salha said...

hurmmm...nice poem...adekah ko create sendrik...siyes sgt betol...hahaha...ur heart kan...hanye Dia yg Maha Mengetahui....eh yu lame diam...do u noe something hot is in the air now??!!hehehe

eFihaFizah said...

=)