terbaca kisah David Wulstan Myatt (nama Islam, Abdul Aziz) yang revert ke Islam membuatkan jejari lantas me-update blog..byk pengajaran yang bley kite dpt drpd saudara2 baru kite..kisah2 bagaimana mereka terpanggil utk mendalami Islam mmg menginsafkan buat kite yang dilahirkan dlm Islam..dari fahaman neo-nazi yang extreme n ganas, beliau mnjadi Muslim yg taat..yg mmbuatkan hatinya tersentuh adalah seruan azan yg didengarinya dlm mase beberape minit..
"Ia indah bukan kerana melodi. Tetapi saya hairan bagaimana dengan tanpa memahami maksud perkataan dalam azan itu ia mampu menyentuh jiwa saya. Tidak semua lagu boleh berbuat begitu,"
insaf lah wahai hati..realitinya, hati kita lebih tersentuh dgn lagu2 cinta manusia yg meruntun-runtun melodinya..diri kita lebih tergerak utk meneliti sarikate lagu2 cinta dondang sayang dari mndalami ayat2 suci Al-Quran..kite yg lahir dlm Islam jarang2 mncari hidayah Tuhan..hanya menanti dan beralasankn 'belum sampai seru'..sedangkan hidayah Tuhan ada dimana-mana, hanya terzahir buat mereka yg mncari..
"Tetapi apabila masa banyak dihabiskan pada tanah dan ladang, akhirnya saya menyedari bumi ini tidak lebih daripada sebahagian daripada seluruh kosmos (alam semesta) yang pasti ada pemiliknya. Dan saya sendiri adalah sebahagian anggota kosmos itu."
"Tetapi siapa pemilik alam itu?" akuilah wahai minda..realitinya, pemikiran kita lebih pantas menilai bangunan pencakar langit yang mendongak tinggi..kerja-kerja kita terlalu banyak berlegar dikeliling tuntutan dunia yang tak pernah cukup..tidak pernah salah mncari ilmu, tp mengapa ilmu akhirat itu perlu ditunggu hingga lewat senja..entah2 petang pon x sempat kita lalui..
"Barulah saya faham umat Islam mendalami ilmu pengetahuan bukan sekadar sebagai satu tanggungjawab malah satu tugas yang mesti dilakukan. Apatah lagi al-Quran mampu dijadikan sandaran dan panduan untuk meluaskan lagi pengetahuan,"
zahirkanlah wahai anggota..mmg pasti, apa yang termaktub dalam diri, cerminnya adalah apa yang terzahir..Islam itu adalah ad-deen, satu cara hidup yang tak pernah terpisah dari insan bernama Muslim..buktikan pada diri, dimana letak duduknya Islam dalam langkah sehari-hari..
"Saya akhirnya melafazkan kalimah syahadah dan gembira dengan kepercayaan baru ini. Namun, mempunyai kepercayaan sahaja tidak mencukupi lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran dunia moden hari ini. Dengan dunia materialistik, bagaimana saya mampu untuk melaluinya?"
akuilah sebenar-benarnya..adakah kita bertanggungjawab atas syahadah yg dilafazkan? apakah bukti janji kita? tidak takutkah kita menipu Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati?
"Saya tidak bermaksud untuk memeluk Islam untuk lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini,"
bukalah pintu hatimu..Allah itu sentiasa mndengar keluh kesah, taubat dan doa hamba-Nya..
"Allah menerima semua permohonan taubat daripada hamba-Nya tanpa melalui sebarang perantaraan atau orang tengah. Apalagi beberapa orang sahabat Rasulullah sebelum mereka memeluk Islam merupakan penjenayah yang melakukan pelbagai jenayah termasuk berzina, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, merampas hak dan harta orang lain."
"Tetapi apabila mereka memeluk Islam, mereka menjadi yang paling baik di kalangan manusia dan paling bertakwa dan beriman kepada Allah." Ikhlaskah kita menerima agama ini?
"Memeluk Islam bukan semudah dengan hanya lafaz dan kata-kata. Malah ia kuat beriringan dengan satu sumpah, satu perjanjian dengan Allah, tidak mungkin semudah itu saya hendak meninggalkan Islam setelah hati saya begitu ikhlas untuk menerima agama itu,"
Selepas lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz yang masih mengekalkan imej berjambang hidup secara lebih sederhana tetapi yang lebih mengagumkan beliau semakin mengenali Islam. Kata2 saudara baru kita itu benar2 buat aku terfikir..baru lapan tahun..sedangkan aku sudah lebih 20 tahun..
fikir2kan..renung2kan..sebelum malaikat maut hadir, apa hala tujuan mu?
|
No comments:
Post a Comment