Tuesday, January 24, 2006

A.Samad Said menulis,

Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat.
Nikmat, 1973

Lalu, saya menaip,

Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat.

dan kita hayati kembali kata-kata ini,

Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat.

Percayakah kita yang apa sahaja yang berlaku, baik atau sebaliknya adalah yang terbaik buat diri dan masa depan kita? Saat-saat yang senang dan gembira mudah saja mengakui itulah yang sememangnya patut berlaku. Tapi, disaat langit kelam dan guruh memekik, mempercayai apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang amat baik bagaikan menyelam ke dasar laut.

Sebagaimana sesuatu keadaan susah atau senang itu adalah ujian dari Tuhan, dua keadaan yang berbeda itu juga adalah yang terbaik buat diri.

Mengapa? Kerana setiap apa yang berlaku datangnya dari Tuhan yang kita akui setiap detik yang lebih pendek dari geraknya jarum saat, yang Allah itu Maha Mengetahui. Tahu apa yang kita utarakan walau suara sehalus bayu, tahu apa yang kita sembunyikan dalam kata hati yang bercampur aduk, dan tahu apa yang belum berlaku.

Sememangnya dunia ini adalah lebih luas dari apa yang zahir di depan mata. Pastinya ujian-ujian hari ini adalah bekal mujarab buat masa depan.

Mengapa mengeluh akan hari ini sedangkan kitalah manusia berjiwa besar!

No comments: