Jalan yang berliku telah aku lalui juga jalan berbilang simpang telah aku redahi aku rebah aku tersungkur lalu bangkit berbekalkan azam jua iman dari-Mu Tuhan dalam meneruskan perjuangan Anugerah dari-Mu Allah kusalurkan menuju jalan-Mu Anugerah dari-Mu Allah dalam mengetuk hati insani Dari kamar sepi ini kusenandung puisi lagu rindu untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan demi kasih dan cinta ini Tabah dalam mengharung segala cabaran dan rintangan pasti nanti di suatu hari perjuangan tersemat di hati Terbinalah impian indah yang tercipta dari anugerah moga ia kan jadi nyata sebagai pengukuh cinta kita Mengapa terlalu banyak bermain kata? Mengapa tidak dicurahkan segala? Fahamilah dan mengertilah, antara mudarat dan manfaat, yang mana satu punya cerita hebat. Jika ditelan mati emak, diluah mati bapak, aku biarkan ia bersahaja dianak tekak, walaupun sering juga mengundang sebak. Hidup penuh duri sepanjang jalan. Bangun dan teruslah berjalan. Jika difikirkan sangat cerita sedih bingkisan hidup, maka tersia-sialah masa yang kita tak pernah tahu bila akan habis ketikanya. Ramadhan datang lagi...Tapi, ke mana aku mahu pergi? |
Sunday, September 24, 2006
Sunday, September 17, 2006
Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan Sedangkan segala pemberian adalah ujian Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan Sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian -Quoted- Dibelakang ada kelam. Dibelakang ada lembaga hitam. Maka, berlarilah kamu ke arah cahaya terang benderang. Hinggakan kelam belakang dan lembaga hitam jauh tertinggal dalam lipatan semalam. Hanya menyinggah jika ia menguat semangat. Hilang sesat dalam gelita jika ia membisik kata mengalah. Teruskan pelarian ke arah cahaya terang. Hingga mampu kita menjadi membawa sinar kepada manusia lain yang masih punya alam kelam. Jangan pernah penat dalam larianmu, kerana kepenatan itu umpama ada canggung dalam tapak pertamamu. Jangan pernah berhenti dalam larianmu, kerana kalau kita berhenti.................... Aku doakan kita semua tabah dalam pelarian mencari sinar. Maaf, aku tidak mampu menjanjikan apa-apa. Bahkan aku juga seperti tak layak berkata-kata. Wahai diri, jangan pernah berhenti dalam larian, kerana kalau kamu yang berhenti............................................. Sungguhkah ini dugaan? Atau aku belum bertemu ujian? Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan |